Cara menggunakan produk Mamasab haircare

Langkah 1

Shampoo: Root Booster

Fungsi utama Root Booster Shampoo adalah untuk menguatkan akar rambut. Untuk shampoo, penggunaan teknik “double cleansing” atau cucian dua kali adalah sangat digalakkan. Cucian pertama adalah untuk mencuci segala kotoran dan minyak, manakala cucian kedua untuk membenarkan nutrient dari shampoo meresap ke dalam rambut dan kulit kepala.

  1. Goncang botol shampoo
  2. Basahkan rambut secara keseluruhan
  3. Cucian pertama – Tuang sedikit shampu di atas tapak tangan dan urutkan perlahan-lahan di kulit kepala selama 30 saat untuk membuang kotoran di kulit kepala dan akar rambut.
  4. Bilas kepala dengan air
  5. Cucian kedua – Tuang shampu sekali lagi di atas telapak tangan…
  6. Urutkan shampu di kulit kepala perlahan-lahan selama 2-3 minit sambil menikmati kesegaran di kulit kepala. Ini akan membantu penyerapan nutrien sambil membantu meancarkan pengedaran darah di kepala.
  7. Bilas sekali lagi.
Langkah 2

Conditoner: Keratin Revival

Conditioner Mamasab berfungsi untuk menguatkan struktur rambut dan mengurangkan rambut gugur. Selain itu, ia juga membantu membuatkan rambut nampak sihat, lebat dan bermaya. Langkah-langkah penggunaan conditioner kami adalah seperti berikut.

  1. Tuang sedikit conditioner di telapak tangan
  2. Lumur dan gosokkan kedua-dua telapak tangan.
  3. Sapu conditioner dari pertengahan rambut hinga ke hujung rambut.
  4. Biarkan selama 2-3 minit
  5. Bilas dengan air.
Langkah 3

Hair Tonic: Root Rescue

Hair Tonik berfungsi untuk meransang pertumbuhan rambut baru. Cara menggunakan hair tonik adalah seperti berikut…

  1. Keringkan rambut dengan towel
  2. Spray tonik ke bahagian kulit kepala mengikut kesesuaian
  3. Urutkan tonik ke kulit kepala sehingga ianya meresap.
  4. Sila nikmati perasaan segar dan nyaman selepas penggunaan tonik ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one × two =